Want your
own Fotopage?








 
Izz Zarif Zul Helmi

By: norzie n zul

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Friday, 1-Aug-2008 05:41 Email | Share | | Bookmark
zARIF DAPAT aDik...

 
Tanggal 18 Mei 2008 yang lalu kami sekeluarga menerima kehadiran orang baru lagi...
Beliau merupakan seorang hero lagi...hero kecik...Beliau itu bernama

MUHAMMAD IZZ ZAMEER BIN ZUL HELMI
Lahir di Hospital Putrajaya, 2.37 pagi dengan berat 2.6kg...

zarif sangat sayang adiknya...tiap hari, dari lahir sampai sekarang mesti dia cuim adiknya dan cakap 'adek yaanggg bibi'. Zarif bahasakan dirinya 'adek'

Add comment


Friday, 16-May-2008 02:28 Email | Share | | Bookmark
Beg Sekolah Adik...

 
geramnya...dah banyak kali try update tapi page tak lekat...

zarif suka sangat spiderman dengan ultraman..sekali ibu jumpa beg gambar spiderman terus beli..kemain lagi suka dia..dah lama dah ni..bulan Feb 08 dulu...tak sempat nak update

punyala jakun, kekadang pi makan kedai mamak pun nak bawa beg, menyusu pun pakai beg..gi umah mak dia bawak baju dia dalam beg..kekadang ibu rasa..mak aii beratnya beg anak aku...tapi dia usung je ke hulu hilir

tahniah G.. dah dpt 2nd baby ye..congrate!!! welcome to the club..heheh Tue 20-May-2008 08:39
Posted by:nikiysa  - [Link]
Add comment


Monday, 28-Apr-2008 01:53 Email | Share | | Bookmark
Kasihan anakku...

Walaupun rasanya ibu pun patut dikasihani, tapi kesian lagi pada anak ibu...

Zarif ada ruam yang besar n ada biji2 air di dagu n dadanya. Puncanya ialah sebab dia suka gigit2 puting susu time menyusu, jadi bila tak dihisap, susunya kadang2 meleleh keluar dan membasahi dagu n dada.

Dari minggu lepas zarif tak lena tido, tapi malam tadi yang paling teruk. Anakku ini asyik meragam je, ada masanya dia menangis berjuraian air mata. Habis iktiar ibu ni. Sekejap nak buai, sekejap nak duduk kat tilam n tengok astro ceria. Macam-macam ibu buat, letak bedak berubat banyak2 supaya kurang kerengsaan, lagi ibu garukan leher zarif perlahan-lahan macam yang kita selalu buat kat kucing tu. Sebab kalau biar zarif garu takut berdarah plak...last-last ikhtiar akhir ibu ialah sapukan air zam-zam...mudah2an jadi penawar terbaik..at least zarif dapat tido pun jadilah...
Cik Ein pun tawarkan diri nak tolong ayunkan zarif, tapi dia merengek2 nak ibu saja. Ayah pulak ada hal kat luar. Tok pulak baru je balik ke kampong.

Last2 zarif turun dari buai, baring sebelah ibu..ibu memang dah tak larat sangat2 dah. Bukan mengantuk tapi pening sebab tak tido langsung. Masa dia baring tu ibu tengok lama dia termenung..jauh betul renungan anak ibu ni tak tau la apa dia fikir..ibu pun usap kepala dia..ibu tak marah zarif..Cuma ibu penat je. Dengan keadaan perut yang dah sarat sangat2 ni. Last-last dia pejamkan mata dengan aman...tak garu-garu lagi.alhamdulillah...ibu tengok jam..5.20 pagi...so, dekat 5.30 gak baru ibu tido..pagi dah bangun nak pegi keja. Ingat nak pi klinik check up baby dalam perut tapi rasanya tak larat sangat. Nak EL pun susah dengan bos baru ni. Walaupun kepala pusing, ibu gagahkan diri bawa keta n pi ofis...

Zarif...kalau umur ibu panjang, masa ibu tua nanti..tentu ada masanya ibu atau ayah akan mengganggu tidurmu yang lena. Mungkin ibu akan terbatuk-batuk sampai zarif terjaga, mungkin juga ibu dah tak larat nak berjalan dan perlu dibantu ke bilik air, atau lebih teruk lagi mungkin orang tua itu terkencing kat tilamnya, atau mungkin dah nyanyuk tak tahu bila siang dan malam lalu merepek-repek...adakah zarif akan marah-marah? Mampukah zarif layan kami yang dah tua time itu sama macam ibu n ayah jaga zarif masa kecil?Atau mungkin kami kena tinggal di asrama (rumah orang tua)? Fikir-fikirkan anakku...
(Syahdu plak ibu )

Add comment


Wednesday, 16-Apr-2008 09:15 Email | Share | | Bookmark
I Love Meko...

Meko tu nama manja zarif bagi untuk patung ultraman dia. Sebelum tu dia panggil bantal peluk spiderman dia 'meko' dak..gamaknya semua benda yang di akhiri dengan 'man' kat belakang cam superman, ultraman dan spiderman dia panggil meko kot...

Meko ni macam kawan zarif...dah banyak kali kitaorang tengok dia kasi Meko makan..bila makan nasi dia suap sikit kat Meko..then dia tanya Meko..Dap? (Sedap?) roti canai pun tak lupa kasi kat Meko...ada sekali tu makan kat luar..dia letak Meko atas meja, suap meko fries...

kekadang bila dia menyusu, dia kasik lebihan susu tu kat Meko. siap tanya..Nak nenen? Abu wat. (nak susu? ibu yang buat)

tapi yang paling ibu tak tahan..satu malam tu...masa nak tido dia letak satu bantal sebelah dia..letak Meko kat situ...tetiba cakap dengan ibu..shhh...Meko do (shh..meko nak tido)..ayooyoo...Meko pun tido ka?siap suruh ibu diam plak tu...cakap bisik2 plak..bila ibu nak tutup tv, tak kasi plak, dia nak tengok..tapi buka dengan volume yang amat perlahan....

Suka hati Zarif laa.....Meko pun Meko laa....

ha ha ha..lawak la anak hang, meko ngan hang skali lawak2...abu pun abu la no...pa habaq hampa sekelorga..lama x dgq cita...bz ka?? Wed 23-Apr-2008 08:21
Posted by:nikiysa  - [Link]
Hi..tumpang lalu tn rumah..tudung Italy for sale...Feel free to visit my fp Wed 23-Apr-2008 22:36
Posted by:mesya  - [Link]
Add comment


Monday, 31-Dec-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Eye On Malaysia

 
hadui...
apa la susah bena nak upload gambar..entry ni dah dekat seminggu terbiar kosong...
takpa..terai satu dulu...

amboi..tomei2nya rambut baru..lama tak jumpa Zarip..hehe..
Mak Zarip sihat ka..?dah dapat Diploma plak..pengorbanan tue..6 bulan..
Thu 24-Jan-2008 06:45
Posted by:auntieYanncunn
Add comment


Tuesday, 4-Dec-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Ibu tumpang lalu sattt.....

 
 
 
View all 11 photos...
Setelah sekian lama, akhirnya sampai jugak masa untuk konvo DPA (ada la dekat setahun dari abis dpa). Ramai yang dah gemuk, tak kurang juga yang kurus, maintain, yang dah selamat bersalin n back to normal shape, yang mak buyung hai..macam2 lah..

Actually takde hati pun nak berkonvo..sebab dah lama sangat..dah tak excited lagi. dan yang tambah tak de hati nak berkonvo ialah sebab hubby (ayah) tak dapat turut serta. masa ayah sampaikan berita tu kat ibu..huwaaa.....sedihnya...yelah..walaupun setakat DPA je, tapi hari2 yang sekali sekala dalam hidup ni mesti kita nak orang yang special dalam hidup kita datang bersama meraikan betul tak? huwaaa
Ayah ada buat lawak..dia kata alaa...masa dia konvo pun ibu tak datang dia tak sedih pun....
hangin la ibu...masa konvo degree, tak kenai lagi...masa konvo master, kami konvo pada pagi yang sama..sorang di upm, sorang di uum.

Tapi ayah kata, ibu kena la faham..dia ada kursus..dah nature kerja dia cam tu nak wat camana...kaedahnya, cara kita cari rezeki begini..takpe la...terus ibu sedih ..sob..sob...

So..tengok la antara gambar pada hari itu..tak banyak pun..




wah wah...bestnye bergaya... Mon 4-Feb-2008 09:20
Posted by:nikiysa  - [Link]
Add comment


Thursday, 15-Nov-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Jalan-jalan Rayer..

besedia untuk tunjuk gigi..
lihatlah gigiku..
gigi lagi..
View all 6 photos...



Add comment


Thursday, 1-Nov-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Ma...ma...na?

Hahahaha....
kadang-kadang bila zarif leka main sorang-sorang, ibu pegi kat dapur or kat belakang sikit yang agak tersorok...then bila dia sedar takde orang..kelam-kabut carik satu rumah..mana ibu pegi...
ada sekali tu..ibu endap dari tingkap kat dapur..dia bangun, masuk bilik, keluar bilik, masuk bilik lain..pusing kat depan..mai kat dapur..check kat mesin basuh..hahaha ibu kat sini rupanya...
yang syoknya tu masa dia dok cari2 tu..zarif cakap.."ma...ma...na?" (agaknya dia cakap..ma..ma...kat mana?)

tapi itulah..orang dok panggil ibu, tapi dia panggil MA..tapi bila kita cakap apa2, dia tau pulak ini ibu dia..contohnya kalau ayah suruh amik remote kasi kat ibu..tau pulak dia kasi kat ibu..tak pulak kasi kat mak ngah ke...orang lain ke..agaknya IBU tu susah nak sebut kot...

kecik2 dulu ajar panggil 'mumy' sebab nak beza dengan kakak yang jaga zarif yang bahasakan dia ibu..then bila tok jaga, tok ajar IBU pulak...sepatutnya ajar dia UMI dari awal lagi..barulah islamik sikit. tapi takpalah..mama ke, mak ke, ibu ke, Ibu tetap ibu pada zarif n ibu sayang zarif..

Add comment


Tuesday, 23-Oct-2007 08:29 Email | Share | | Bookmark
AidilFitri 1428/Oktober 2007

ceria di petang raya
sengih...
Memula sekali..Selamat hari Raya kepada semua umat Islam..tak kirala menteri ka, Datuk Datin ka, rakyat biasa ka..semua lah...

Tahun ni beraya seronok sekali/banyak kali sebab Zarif dah besar..dah reti bahasa..dah boleh pakai baju Melayu yang tok Nah buat walaupun kena lipat sini sana...tapi tetap ensem pakai baju melayu...ayah pulak toksah kata apa...baju dia yang paling mahal antara kita semua sebab siap ada sulam 2 kaler..perrgghhh...baju ibu pulak sedih2..kebaya yang anta dari bulan 5 tu tak disentuh langsung..sib baik ada baju kain sekayu (sama kaler la) yang ayah belikan kat ibu...jadi kami anak beranak for the first time pakai baju sama kaler horeyyy...sebab ayah susah sikit nak ajak benda2 cam gini...

Sempat jugak gi amik gambar kat kedai sempena AidilFitri ni..tapi sayangnya kedai tu tak memenuhi spec ibu...ibu malas aa amik gambar yang kaku ni.duduk keras..tangan letak sini..macam patung kejap. ibu suka macam objek dalam gambar tu ala2 horey-horey.. tapi nak buat camana..dah namanya TAIPING..bukan KL.semua gambar stand still la...dah la letak pakej yang ala2 memaksa orang.tension...ada kenangan dalam gambar raya...nanti kalu ibu pandai nak taruk kat sini baru boleh cerita...yang akan buat zarif digelak sampai tua bila dia tengok gambar tu...

So..Selamat hari raya..mohon maaf atas semua salah silap, tutur kata yang menyinggung perasaan samaada disedari atau tidak, halalkan makan minum..kalau ada hutang yang masih belum dijelaskan oleh saya atau suami, sudi-sudikanla mintak...nanti kalu meninggal susah pulak kami ni sebab ada hutang lagi...

Kak G..slmat Hari Raya..mohon maaf zahir & batin.. Wed 24-Oct-2007 00:04
Posted by:mila_mill
zarip da makin besar la..awek sapa nama?..hehe.. Wed 24-Oct-2007 00:05
Posted by:mila_mill
Norzie, mana gambar satu family ni??? ala mamanya malu2 pulak!
heheh dah besar Zarif... bila2 datanglah rumah akak, boleh Zarif main ngan Hafiy!

Akak pun baru plan nak ambik gambar kat studio.. tapi tak taulah bila berkesempatan!
Ala Norzie, upah photographer kat FP tangkap gambar family lagi cantik tau, puas hati, kompirm tak kaku!
Tue 30-Oct-2007 08:58
Posted by:Nim
Add comment


Wednesday, 10-Oct-2007 09:34 Email | Share | | Bookmark
Nak Buat Sendiri...

hasilnya...
biar ibu saja yang buatkan...
any signs of Botox?
Zarif dah tahu ada banyak gambar dia dalam kamera..so, dia pun sibuk nak buat sendiri...
nak tangkap gambar dia sendiri..tapi dia heran bila kamera tu di terbalikkan menghala ke dia..
Ya la..abis tu dah nak masukkan gambar sendiri?

Salam Aidil Fitri....1428...
Semoga kedatangan Syawal ini membawa seribu makna buat kita semua...Insya Allah...
____________________________________________________________________
http://butik-mydreams.fotopages.com
~Koleksi Baju Menyusu, Mengandung, PLUS size, dll ~
Wed 10-Oct-2007 19:04
Posted by:Butik-MyDreams...  - [Link]
Zarip...tahun nie brapa ribu dpt raya..?? Fri 19-Oct-2007 08:07
Posted by:auntie Yan_Cun
Zarip..duit raya la..haha...(daddy kan 'kaya'..mesti bg seribu...) Fri 19-Oct-2007 08:09
Posted by:auntie Yan_Cun
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

fpxen3.pidgintech.com